TabunG NuFF

Rabu, 12 Januari 2011

TEMBELANG IBU TIRI TERBONGKAR

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dan ini lah wajah terakhir adik Nur Dania.


Di tapak pengebumian




 Nur Dania Qistina





Sayu hati & menitis air mata bila tgk wajah yg comel ni, hanya dpt menikmati kehidupan dunia selama 3 thn sj. Tergamak nya manusia skrg...ptt lah kes buang anak menjadi2x bila ada wanita yg ptt di pggl BETINA. Sifat spt binatang yg xtau kasihkan anak. Suamiku plak..x terdaya nak tgk wajah redup ni, pilu hati teramat sgt. Terasa spt anak sndr.


Hukum lah dia dengan sebenar2x HUKUMAN @ lemaskan dia smp dia mati!!!!
















* Permata Yang Tiada NIlai*

Permata hati yang pertama..

Syukur, Alhamdulillah..selamat melahirkan nya pada 1 Dis 2009 melalui pembedahan (caesarean) seberat 2.4kg jam 3.15ptg.
Di Hosp Tunku Fauziah.

Di antara permata yang tidak ternilai harga nya adalah anak yang di kandung sndr. TQ pada smua staf HTF n Doc Mai. 2 mggu di wad.


Muhd. Asyraf Danish
1 yr
Bsr nnt blaja pandai2 yer bb mama

Ahad, 9 Januari 2011

:: SteVia PenGGanTi GuLa ::

Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia.

Pernah tgk pokok Stevia?


Antara ciri-ciri stevia ialah:
  • Menurunkan kadar gula dalam darah ( bgs tuk org berpenyakit kencing manis )
  • Melawaskan kencing
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membunuh bakteria
  • Membunuh kulat
  • Membunuh virus
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu menurunkan berat badan
Teh Stevia pun dah ada dipasaran skrg..sapa2 nak cuba, try cr di pasaraya. Abg ipar pun minum teh ni. manis & xyah guna gula lg dah.


J0m pakat try..

^_^ Batu Permata Lambang Percintaan?

Benarkah batu permata adalah lambang percintaan?
batu permata tiada nilai nya..mungkin itu juga lambang percintaan yg sejati & tulus.
Di bawah ni 3 jenis batu permata yg termahal di dunia, mungkin x ternilai harga nya.




The Sancy Diamond

The Sancy, kuning pucat berlian dari 55. 23 karat (11. 05 g), pernah terkenal milik ke Great Mogul zaman kuno, tapi lebih cenderung asal India yang dipotong karena yang tidak biasa dengan standar Barat.
Berbentuk perisai batu terdiri dari dua back-to-back mahkota tetapi tidak memiliki kemiripan apapun untuk sebuah paviliun 



Hope DiamonD

Hope Dia-mond adalah besar, 45. 52 karat (9. 10 g), bertempat di Museum Sejarah Alam Smithsonian di Washington, DC Hope Diamond biru dengan mata telanjang kerana jumlah jejak boron di dalam struktur kristal, tapi pameran fosfor merah di bawah sinar ultraviolet. Hal ini diklasifikasikan sebagai Tipe IIb berlian, dan terkenal kerana dianggap menjadi kutukan.



Koh-i-Noor

K? Hi N? R (Hindi: ???????, Persia / Urdu:??????, Telugu: ????????) yang berarti "Gunung Cahaya" dari Persia, juga dieja Kohinoor, Koh-e Noor atau Koh-i-Nur adalah 105 karat (21. 6 g) berlian yang dulunya dikenal berlian terbesar di dunia. Para Kohinoor berasal di Golconda di negara bagian Andhra Pradesh di India. Hal ini milik berbagai Sikh, Mughal, dan penguasa Persia yang berperang dengan sengit di atasnya pada berbagai titik dalam sejarah dan merebut sebagai perang merusak waktu dan lagi. Setelah benar-benar mengabaikan Maharaja Ranjit Singh's akan itu akhirnya disita oleh East India Company dan menjadi bagian dari Permata Mahkota Inggris ketika Perdana Menteri Inggris menyatakan Benjamin Disraeli Ratu Ratu Victoria India pada 1877. Ini adalah legenda bahwa siapa pun yang memiliki Koh-i-Noor menguasai dunia.