JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.
“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.
“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.
Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Dan ini lah wajah terakhir adik Nur Dania.
Di tapak pengebumian
Nur Dania Qistina
Sayu hati & menitis air mata bila tgk wajah yg comel ni, hanya dpt menikmati kehidupan dunia selama 3 thn sj. Tergamak nya manusia skrg...ptt lah kes buang anak menjadi2x bila ada wanita yg ptt di pggl BETINA. Sifat spt binatang yg xtau kasihkan anak. Suamiku plak..x terdaya nak tgk wajah redup ni, pilu hati teramat sgt. Terasa spt anak sndr.
Hukum lah dia dengan sebenar2x HUKUMAN @ lemaskan dia smp dia mati!!!!